Fuhh…
Asek tak cukop masa nak mengadap laptop or computer nak hadpet blog, huhuhu…
Selasa yang lepas, 10/1/2012, adi masok ward, nak buat minor operation, nak masokkan steroid kt muscle tulang belakang adi nie, takooottttkan??? heee…
Saket belakang adi nie dah lame la jugak, since form 5 lagi, mase tu ade PJ, aktiviti lompat tinggi, zaman muda belia memang suke la kan aktiviti lompat melompat nie, hahaha…jadi untuk lompatan yang last tu, adi jatoh terduduk, tros terasa tulang belakang nie senget ke kanan, rase tak selesa sangat-sangat, jadi balik jek sekolah bagitau la kat abah & mak, jadi diorang bawak gi hospital la nak xray, tengok -tengok memang tulang belakang nie senget ke kanan, huhuhuhu….sejak dari tu rase tak selesa la kat belakang nie, nak duduk rase sakit, berdiri lama rase saket, apetah lagi time ngandong dulu, memaaaannnggg sangat-sangaat saket, huhuhuhu….jadi perkara nie dah berlarutan sampai la sekarang…..
Sejak tahun lepas, dalam bulan mac, adi dah dapat satu penyakit yang baru, saket dari pinggang ke hujung kaki pulak, saket kebas-kebas + cucuk-cucuk + krem sepanjang masa, rase nak menanges jek la kalo time saket sangat-sangat tuh, bile dah tak tahan sangat, adi ajak en somi jumpe pakar orthopedik, jadi doktor mengesahkan yang otot antara tulang belakang adi tu dah penyet, sebab tu perjalanan darah dari pinggang ke hujung kaki tak lancar, huhuhuhu….
adi pon tanyakan pada doktor tu kenapa sebelum-sebelum nie hanya adi saket belakang dan tak saket di kaki nie? jawapan doktor, berat adi dah bertambah, jika berat bertambah, bebanan pada tulang belakang semakin berat, jadi perkara utama yang doktor suh adi buat, KURANGKAN BERAT BADAN, no nasik, no kotiaw, no mee, no roti, no karbohidrat!!!…sejak dari tu, adi memang tak makan nasik dah, just ratah-ratah laok + sayor jek….dalam sebulan dapat la turonkan 3-4 kg, ok la kan, sebab adi tak makan ape-ape pil pon, just diet secara sendiri…
Lepas adi turonkan berat badan tuh, kaki dan tulang belakang nie still sangat-sangat saket, sampaikan ade masanya adi terpaksa heret kaki kiri nie untuk berjalan..kesiiiaaannnkann…..jadi, adi jumpe doktor lagi, tanyekan solution ape lagi yang nak dibuat, at last, doktor suh adi wat steroid injection kat otot tulang belakang yang saket tu, bila adi tanyakan adakah nie solutionnye, doktor just bagitau solution nie untuk sementara jek, ye la cucuk dadahkan, just nak tahan saket jek la, pas abeh jek dadah tu nanti, saket balik, huhuhu…setakat nie tu je la cadangan dari doktor, jadi nak tanak kene la ikot…
Bila tanyekan pro + cons yang akan adi dapat lepas injection nie, adi akan dapat 3 kesan :
1. tekanan darah akan naik – memang pon, before injection, tekanan darah normal jek, 110/70, LEPAS jek injection, tekanan teros naik 148/98!! adoiii
2. Muka akan jadi bulat dan berat akan naik – untuk kesan yang nie, muka adi memang dah jadi bulat, tapi berat still maintain, mebi sebab adi teroskan tak makan nasik and so on…
3. kaki akan bengkak, kesan dari lebihan air dalam badan – untuk kesan yang nie, kadang-kadang jek kaki adi akan bengkak, tatau la sebab lama berdiri atau memang lebihan air dalam badan…
Doktor pon cakap, sepatotnye injection nie dicucuk sekali jek seumor hidop, sebab tanak la kita bergantong pada steriod nie kan dan sepatotnye adi tak rase saket la lepas injection nie, TAAAPPPII, adi cuma bertahan rasa tak saket tu untuk tempoh 2 HARI JEK!!!…adoiii…..ape lagi yang nak dibuat untuk tempoh seumor hidup nie? huhuhu…nampaknya kene jumpe doktor dan carik solution yang lain untuk saket adi nie…..
mm, adi bukan nak comparekan hospital kerajaan atau hospital swasta, adi pon dah jenoh berhabis duit ke hospital swasta, bile rase dah tak cukop duit nak ke swasta, adi ke hospital kerajaan pulak,dan untuk steroid injection nie adi amek kat hospital kerajaan…dan adi merupakan orang yang kedua yang penah cucuk steroid nie, orang yang pertama, aunty india, bila adi tanyakan pada aunty tu bila adi berjumpa dengan dia semasa kami sama-sama membuat rawatan fisioterapi, aunty tu kata die orang pertama yang cucuk steroid kat hospital kerajaan tu, dan tempoh aunty tu rasa tak saket cuma bertahan 2 bulan jek, mm, dalam hati adi, adi kata, ok la aunty, aku nie bertahan 2 hari jek,huhuhuhu….
untuk injection steroid nie, adi dapat mc untuk tempoh sebulan!…tu jek la berita yang mengembirakan lepas adi dapati injection nie tak berjaya untuk adi, saket kaki kembali macam biase, malah semakin saket, adi tak boleh berdiri lama, tak boleh membuat kerja yang lasak-lasak…huhuhu…sedeyyyy kan????
Ape-ape pon adi tetap bersyukur, walaupon adi saket macam nie, adi tetap boleh berjalan, boleh bergerak, boleh buat aktiviti yang lain, yang paling penting boleh solat walaupon solat duduk…berbanding dengan orang lain yang lebih berat dugaan yang diberi oleh Allah
Mm, stop dulu la, nanti sambong lagi, budak-budak dah panggil mintak perhatian, heee


